May 27th, 2007 by fantaghiro8
Wa….banyaknya kerja
nak kena buat sebelum hari penting datang. Kerja office, jangan
cakapla….menimbun lagi. Adus, masa ni la rasa tak cukup tangan.
Persiapan?
Ada yang gembira…ada yang sedih. Citer yang happy dulu la….last
week best sangat la. Balik kampung, shopping….adus…banyak sangat
habis duit…nasib baik bukan duit aku sangat…hahahahha….thanks
AbangAmoy!
Citer sedih? Sedih sangat, di hari gembira ni ada juga
yang terpaksa diingatkan kesedihan. Aku betul2 tak sangka…kebaikan
aku disalah ertikan. Tak pernah terniat nak putuskan hubungan…apatah
lagi memutuskan persaudaraan. Niat cuma menolong…tapi kadang2 manusia
lupa dan sering terlupa….untuk aku bina satu hubungan baru ni…tanpa
aku sedar, aku telah hilang 2 perhubungan sekaligus.Betul2 sedih.
Takut?
Memang takut. Heheheheh…semua org ketawakan aku sekarang, dengki kat
aku, mengata2 aku…takper…ramai yang mengejek aku nak jadi ‘PUAN’.
Eleh! Naper? Tak Percaya? Hahahahahha…..
Siap? Banyak lagi tak
siap. Huaaaaaa…hantaran tak tau cam maner? Persiapan org datang pun
tak tau cam maner? Cuma yang aku confirm mak andam n jurugambar.
Clear….hehhehehe
Tensyen? Memang tensyen sangat. Adus…semua nak
kena handle. Paling utama bab kewangan la….semuanya kena disediakan.
Pening aku dibuatnya. Takut juga tak cukup budget.
Terima kasih kepada semua yang membantu, jasa baik semua takkan terbalas. Hanya tuhan yang mampu menilainya.Mmmmuuuaaaahhh!
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 27th, 2007 by fantaghiro8
Hari Khamis.
Adus……AbangAmoy
ni memang la. Tetiba jer call suruh balik Johor sebab nak interview di
pejabat agama. Aku pun terus jer ambil half day. Meletihkan mengejar
masa untuk tiba awal ke Johor. Sampai2…dia lak yang tak sampai. Aku
relax kat umah mak Nolie. Berbual dan bincang pasal konsep hantaran.
Thanks mak Arah sebab nak buatkan hantaran tu. Hehhehee….budget.
Penat2 tu, sempat gak dating ngan AbangAmoy. Best!
Hari Jumaat.
Hahahaha…bagai
nak giler menghafal semua bacaan2 fardhu ain. AbangAmoy lagila takut.
mesti banyak soalan yang akan di tanya. masa sampai kat pejabat agama
tu siap relax jab dalam keter…aper yang nak dijawap ni? tapi bila
masuk jer kat dalam pejabat tu, tup2 tok imam tu terus jer suruh
tandatangan. Selesai. Kalau aku tahu, tak payah aku ketar cam tu. Hish.
Ups lupa, thanks pak aji(ayah nolie) and pak samad sebab jadi saksi.
Hehehhehe.
Balik tu
sempat gak gi balik umah bakal mak mertua. Best giler dapat makan
makanan yang sedap2. Mak andam kater aku dah turun sikit, so, boleh la
aku makan banyak sikit. Hahahhaha.
Malam
tu sempat lagi dating ngan AbangAmoy. Pass tu gi umah belah lelaki
untuk bincang barang yang dibeli and kenduri belah sana. Huh!
Nampakanya kena bersanding lagi…mesti aku penat giler. Yang tak puas
hatinya, soal baju yang AbangAmoy pilih. Aderker patut pelamin hijau,
nak pakai baju oren. Adus!
Hari Sabtu.
Macam
orang giler aku n Nolie ulang alik ke bandar. Cari barang2 untuk alas
dulang. Kitorang pun buat sndiri. Hehhehehee….yer ker? Benornyer mak
yang banyak tolong. Thanks mak. luv u much! MMMMMMMUUUUAAAAAHHHH!
Bila dah siap…waduh cantik bangat. Thanks Nolie….ko ler besfren aku!
Malam tu jumpa Abg Gai…candid la Abg Gai…hehehhee…sadis betul. Mahal…..tapi cantik …takper la Nolie kan?
Hari Ahad….
Balik kl.
Betapa penatnyer!
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 27th, 2007 by fantaghiro8
Sempena
perkahwinan yang akan berlangsung tu, insyaAllah…abg Hisham Salmin
pun telkah decoratekan kad kawin untuk aku…adus! Sungguh terharu.
Pada aku amat cantik sangat kad ni. Thanks abg Hisham. Terima kasih
tak terkata. Thanks juga pada Kak Kay Malindo sebab berusaha sponsor
print kad ni. Thanks WanZu sebab secara tak langsung memberi gambaran
kepada kad tu. Thanks Ann Sebab edit. Thanks Fara sebab hantar g
proof final filem kad tu. Thanks Nor and Kak Feeza temankan (wlaupun
lapar). Thanks Iwan sebab kutuk gambar kitorang. Thanks Kak Nor n Abg
Zaharinthanks tanpa sebab).Thanks Zain(terpaksa tulis nanti kecik ati
lak). Wah…tak terkata. Mereka semua baik2 belaka. Tak terbalas
dengan kata.Oh lupa, thanks juga pada Alex sebab sponsor filem.
Janganlah sedih & kecewa. Hahahahahaha. Thanks everybody! Tapi
taktau la naper warna kad ni berubah lak. Sebenarnya warna dia biru
laut. Bayangkan sendiri la yer.



Posted in Uncategorized | No Comments »
May 27th, 2007 by fantaghiro8
My first love
Tak sangka
tetiba lelaki yang pernah aku sayang dulu muncul semula menjadi hero
dalam cerita hidup aku. Di saat aku kesedihan dia datang, di saat aku
perlukan seseorang dia teman. Gelaran tunang yang dia bagi kat aku cukup bermakna.
Kadang2
aku rasa pelik juga, kenapa dia? Tapi bila aku mula berfikir….aku
tahu, aku takkan jumpa sesuatu yang ada dalam dirinya pada lelaki lain.
Dia tak sesempurna mana…tapi, ada sesuatu yang aku tak boleh lupa
tentang dirinya.
Kota Hong Kong memisahkan kami…Kota
itu juga menjadi saksi segalanya. Tapi aku tetap berdiri seperti biasa.
Tuhan yang tahu macam mana aku menghadapi semua tu tanpa dirinya.
Sarawak menjadi medan pertempuran. Menjadi medan kerinduan.
Singapura menjadikan aku hilang panduan.
Walau ke mana dia pergi, aku yakin…..cinta itu tak mungkin akan hilang.
Thanks…
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 27th, 2007 by fantaghiro8
Aku….sekarang
ni terlalu sibuk dengan kerjer…kadang2 sengaja sibukkan diri dengan
kerjer….ini first time dalam hidup aku berjauhan dari keluarga…jauh
sangat…semua aku kena uruskan sendiri…tapi alhamdulillah,
everythings aku boleh lakukan sendiri. Dah masuk 10 bulan aku kerjer
kat sini, aku rasa aku dah cukup berdikari. Aku dah boleh buat kerjer
rumah dengan baik. Aku dah bersedia untuk jadi
’somebody’s’…Hahhahaha! Tinggal beberapa bulan lagi untuk semuanya
berubah….i hope! i will! Tapi kekadang tertanya-tanya gak….kenapa
semuanya berjalan dengan pantas…semuanya telah tinggalkan aku seperti
angin yang lalu…aku terlalu rindukan zaman sekolah dan zaman belajar
yang best sangat…zaman berjimba…hehehehehe…bila dah dewasa banyak
yang kena lakukan sendiri…dan semuanya akan berubah mengikut masa,
mengikut keadaan. Masa ni lah kita kenal erti kehadiran seseorang….
Posted in Uncategorized | No Comments »