Anniversary!
Monday, May 28th, 2007Alhamdulillah! Hari nie anniversary perkahwinan aku yang pertama. Walau sedih menyambutnya tanpa suami tersayang. Sedihnyer tak dapat menghubungi satu sama lain. Kerana tugas…perairan Sabah memisahkan perhubungan. Takper…seorang teman pernah mengemail kepada aku…seorang perempuan yang gagah adalah isteri yang sanggup menanggung kerinduan tatkala ditinggalkan suami yang bertugas. Yer…aku la pompuan gagah tu. Hehehehe!!! Apalagi dalam keadaan menunggu hari ni. Lagi 46 hari…tapi dijangka lebih awal. Takperla…ader hikmah disebalik semua ini.
Aku cuma mampu berdoa…agar suami aku dilindungi dari segala bahaya. Tetap mengingati aku walau kami berjauhan. Moga aku juga begitu…moga selamat membawa bukti cinta ini. HArap2 masa aku melahirkan nanti AbangAmoy dah balik….
Sekarang ni aku rasa seronok sangat. Baby dalam kandungan semakin aktif. Anak2 sedare, kawan2 dan kakak aku suka melihat pergerakkan. Aku pun suka nak berkongsi…kepada yang belum kawen…cepat2la kalau nak rasa semua ni…kepada yang dah kawen n dah ader anak….mesti rindu kan? Memang best. Kadang2 nampak kaki n punggung baby yang semakin membesar di dalam ni menonjol dan bergerak-gerak. Hehhehee…tak sabar nak kuar yer…tunggu papa balik key!!!








