Kami dah pindah ke Blog yang baru!!!!
February 11th, 2008 by fantaghiro8www.mama-dhia.blogspot.com
www.mama-dhia.blogspot.com
Sian Dhia!!!!
Sekarang ni Dhia tgh demam, selsema n susah bernafas…..mula2 aku ingat Dhia demam biasa. Memang kejap2 badan dia panas sangat. Beberapa malam aku tak dapat tido nyenyak sebab jaga dia takut badan Dhia panas. Berulang dari tempat kerja ke rawang sebab aku takut duduk rumah sorang dalam keadaan Dhia macam tu…memang letih..malam pulak tak dapat tido…baru aku tahu kasih ibu bagaimana.
Bila Dhia ok…aku gembira sangat…aku ingat Dhia dah sembuh dari demam biasa….tapi selsemanya makin teruk. Aku bawak jumpa pakar, lepas ambil darah doktor sedut lendiran dalam hidung Dhia…menangis sekuat hati Dhia masa tu. Memang sedih tgk anak kita menjerit…dengan aku2 sekali nangis. Lawak betul! Malu jer! Banyak sangat lendiran keluar.
Semalam, bila tgk Dhia macam dah sembuh, aku bawak dhia pg MPH bookfair….aku belikan Dhia buku2 yang berwarna-warni…Dhia suka sangat. Lepas tu kami tgk wayang..baru sepuluh minit wayang start…Dhia dah pun tido. Dalam panggung tu sejuk sangat….aku dengar Dhia macam bernafas kuat….risau sangat.
Tadi aku dapat result dari doktor…doktor kata darah Dhia ada jangkitan kuman dan mungkin Dhia boleh kena lelah. Malam tadi aku dengar nafas Dhia kuat sangat macam org berdengkur…sayu hati bila tahu anak kita tak sihat. Aku tak tahu apa nak buat…sedih menegenangkan si anak kecil terpaksa berdepan dengan kesukaran…..tapi satu jer…walaupun Dhia susah bernafas…Dhia tetap tersenyum….
Doakan Dhia cepat sembuh yer…..
Dhia dah makin lasak sekarang. Umur dah 3 bulan. Hehehehe…semua benda nampak best pada Dhia.
Bila orang makan, Dhia mulalah hisap jari. Meleleh2 air liur. Tengok makanan betul2 macam nak telan. Kekadang bila duduk berdua kat rumah, tak sampai hati nak berbuka depan Dhia. Mesti Dhia tgk semacam. So, tunggu Dhia tidur barulah start makan.
Masa tidur pulak, lasak sangat. Dhia tidur dalam baby court. Tapi tak boleh letak apa2 kain kat da;lam tu, mesti jadi bungkusan. Dhia dah pandai tarik kain tutup muka, tutup perut atau gosok mata. So tempat tidur Dhia memang clear la….bila malam dia mula buat2 tak selesa…nak tidur ngan mamanya.
Sekarang ni Dhia dah pandai meniarap. Kelakar sangat masa mula2 Dhia nak pusing. Beria2 ia Dhia. Kira cepat juga Dhia meniarap. So, memang tak boleh letak atas katil waktu ni. Takut dia guling2 bedebup jatuh.
Apapun, cepatnya masa berlalu! Dhia dah semakin bijak. Harap2 apa yang Dhia belajar jadi pencorak masa depannya. Berusahalah Dhia…banyak lagi cabaran di masa hadapan.
Alhamdulillah aku telah pun selamat melahirkan baby girl yang bernama Dhia Nur Qaisara seberat 3.5kg (sekarang dah 6 kilo lebih) pada 8 Julai 2007 yang lalu. Pengalaman semasa bersalin amat indah bagi aku. Satu anugerah yang takkan aku lupakan seumur hidup aku.
Aku dah pun masuk hospital pada 5 Julai kerana jantung baby tak kedengaran dengan baik. Pas tu kerana terlalu takut darah aku pun naik sehingga tahap yang membahayakan. Doktor menyarankan agar aku bersalin paksa. Bila dengar doktor kata bersalin paksa lebih menyakitkan…aku jadi terlalu takut. Yer la…aku ni manja sikit bab2 sakit ni….setiap saat asyik fikir macam mana rasanya yek…
Tapi yang peliknyer…aku tak rasa sakit langsung bila di masukkan ubat yang pertama…seterusnya dos yang kedua. Aku boleh berjalan ke sana ke sini…melawat di wad lain..kebetulan ramai juga org kampung aku yang masuk hospital. Sampai doktor pun marah…kerana aku boleh bersalin anytime.
7 Julai pukul 4 petang…bila doktor check…aku disahkan akan melahirkan baby tak lama lagi. Terlalu la gembiranya kerana aku tak sakit langsung. Bila masuk labour room…aku masih boleh bergurau senda dengan jururawat pelatih…bercerita dan bergelak ketawa. Doktor memberi aku dos terakhir yang akan mempercepatkan kelahiran. Padan muka aku!!!
Tepat pukul 8 malam…aku dah mula rasa sakit…mula2 sikit…lama2…makin sakit…dan makin teramat sakit. Sampai aku rasa macam nak pecah katil tu. Nasib baik ader AbangAmoy…walaupun menyakitkan hati sikit ( aduh suamiku!!!!!Dugaan betul!) Yang doktor pulak…lepas check bagi aku harapan…" sekejab lagi bolehlah awak bersalin!" tapi aku tgk jam…dah 12 jam aku sakit…bilernyer baby nak kuar ni….
Pukul 10 pagi 8 Julai 2007….lepas 14 jam sakit yang teramat sangat (doktor kata memang bersalin paksa 2 kali ganda sakitnya) doktor sahkan yang baby aku dah berpusing….walaupun aku dah bolehla bersalin…tapi merbahaya bagi baby kerana takut tali pusat menjerut leher….jadi aku pun terpaksa dibedah dengan segera….Dugaan betul…15 jam sakit last2 kena bedah….tapi itulah nikmat bagi seorang perempuan. Aku rasa akulah wanita yang gagah sekali sebab dapat melaluinya….heheheehe…
Pukul 11.45 pagi…aku selamat melahirkan baby yang comel sangat ( rupa papanya habislah!!!) rasa hilang semua kesakitan…hilang semua sakit pening…mabuk2 aku selama 6 bulan…dan bengkak2 kaki sepanjang pregnant. Melihat bayi yang comel!!!
Terima kasih tuhan atas nikmatmu ini. Buat rakan2 yang mendoakan, terima kasih banyak2! Bagi yang perempuan…bersalinlah ramai2…betul2 terasa bersih diri kita dari dosa bila kita berjaya melehirkan seorang hamba Allah di muka bumi ini. Bagi yang lelaki…belajarla menghargai isteri dan ibu anda!
Alhamdulillah…lagi 24 hari. Memang berdebar2. Apalgi semalam dapat msg dari member aku yang due lagi 2 minggu dah bersalin minggu lepas. Wa…..takutnyer. Cepatlah AbgAmoy balik…huhuhu! Lama betul lak project dia kali ni. Dugaan betul. Dah nak masuk 3 bulan aku tak jumpa papa baby dalam perut ni. Huhuhu!
Aku harap, masa aku sakit nak bersalin nanti, semuanya ok…AbgAmoy ada…waktu siang…jalan tak jammed…doktor n nurse goodmood….hehehehe…if i can wish!
Bila friendster ni mula senyap nanti…maksudnya aku dah bercuti dan bersalin la…doakan yer! Nanti naik cuti aku upload gambar org baru banyak2.
Buat AbgAmoy…hidup baik-baik!
Buat yang membantuku sepanjang waktu aku memerlukan seorang teman….thanks! Hanya tuhan dapat membalas jasa2 kamu semua!
Buat keluarga tercinta…..takkan ader kekuatan ini jika tidak datang dari kamu semua!
Buat mak….org dah faham dan tahu macam mana mak bersusah payah demi org dulu!!! Moga tuhan menjaga mak selalu!
Alhamdulillah! Hari nie anniversary perkahwinan aku yang pertama. Walau sedih menyambutnya tanpa suami tersayang. Sedihnyer tak dapat menghubungi satu sama lain. Kerana tugas…perairan Sabah memisahkan perhubungan. Takper…seorang teman pernah mengemail kepada aku…seorang perempuan yang gagah adalah isteri yang sanggup menanggung kerinduan tatkala ditinggalkan suami yang bertugas. Yer…aku la pompuan gagah tu. Hehehehe!!! Apalagi dalam keadaan menunggu hari ni. Lagi 46 hari…tapi dijangka lebih awal. Takperla…ader hikmah disebalik semua ini.
Aku cuma mampu berdoa…agar suami aku dilindungi dari segala bahaya. Tetap mengingati aku walau kami berjauhan. Moga aku juga begitu…moga selamat membawa bukti cinta ini. HArap2 masa aku melahirkan nanti AbangAmoy dah balik….
Sekarang ni aku rasa seronok sangat. Baby dalam kandungan semakin aktif. Anak2 sedare, kawan2 dan kakak aku suka melihat pergerakkan. Aku pun suka nak berkongsi…kepada yang belum kawen…cepat2la kalau nak rasa semua ni…kepada yang dah kawen n dah ader anak….mesti rindu kan? Memang best. Kadang2 nampak kaki n punggung baby yang semakin membesar di dalam ni menonjol dan bergerak-gerak. Hehhehee…tak sabar nak kuar yer…tunggu papa balik key!!!

Rasanya dah lama tak menjengah blog ni. Sebelum ni rasa malas nak godeh
internet. Lagipun badan kurang sihat. Tapi sekarang, aku rasa makin
bersemangat. Di tambah kebosanan mengadap kerja yang banyak….jadi aku
pun singgahla kejab nak isi blog ni. Kalu rajin lain kali nanti isi
lagi. Kalau malas…hehehhe…..macam tu jer la macam selalu.
Sekarang
ni aku dah berstatus lain…hehehehe….’bakal ibu’…kena la dengan
buku PTS yang ader cover aku tu. Aku harap semuanya berjalan lancar dan
selamat. Seronok bila ader makhluk lain di dalam badan kita. Aku doakan
semua kengkawan aku yang belum merasainya akan merasainya secepat
mungkin. Hehehehe…tahniah pada seorang kawan tu…mengikut nampaknya.
Apa2 pun doakan aku berjaya mengharungi semua ini dengan tabah
dan sabar untuk menambahkan seorang lagi umat Nabi Muhammad di muka
bumi ini. InsyaAllah!
Khamis, 25 Mei 2006.
Pagi tu
bangun awal.Hehehe…bersihkan diri dan muka. Hari tu aku akan ambil2
gambar. Tapi malangnya gambar tu semua aku lom siap lagi. Nanti bila
dah siap aku akan masukkan kat sini.
Jumaat, 26 Mei 2006.
Sedara
mara dah ramai yang datang. Meriah lah umah aku. Kak noorol and Lia pun
sampai. Thanks yer sebab datang awal. Kamulah kawan baikku.
Hehehheee…jasa kamu akan aku kenang sampai bila2. Tapi aku sedih
ramai yang tak dapat datang haritu, ada yang ada kenduri, ada yang
takder kenderaan, ada yang sibuk…dan mungkin juga ada yang tak mahu
datang. Takperla,,,as long kamu semua ingat, aku sudah cukup berterima
kasih.Mmmmuuuuaaaahhhh!
Sabtu, 27 Mei 2006.
Sepatutnya aku nikah malam tu, tapi kerana sebab2 tertentu aku kena nikah hari
ahad juga. Malam tu aku dah mula kena solek semula. Tapi yang tak
bestnyer…Kak Siti tersalah soleh agaknya. Muka aku nampak kembang dan
montel giler. (memang ler montel…tapi makin montel nampaknya…huhu!)
Malam tu ramai rakan kerja aku datang. Terharunya. Thanks Kak Nor,
Zain, Ann, Keluarga Syikin, Syikin, Izah, Fiza, Abg Faris
sekeluarga…dan semua yang hadir. Sorry kalau tak terperasan or lupa
nak disebutkan. Malam tu juga keluarga belah lelaki datang.
Hehehhee…AbangAmoy tak dapat datang sebab tak nikah lagi. Sian dia….
Ahad, 28 Mei 2006.
Pagi ni
cepat jer aku rasa. Kak siti pun datang awal. Tapi sedih sebab mlam
tadi ada serangga hinggap atas muka. Ada kesan calar. Jenuh juga Kak
Siti make-up bagi tak nampak. Pagi tu rombongan lelaki datang tepat
masanya. Kul 10.00 semua dah berkumpul. AbangAmoy kata dia gugup duduk
kat depan, tapi dengar aku ketawa2 kat dalam. Ntah..aku relax jer.
Orang kata berdebar masa nak nikah. Ada yang kata sedih…tapi aku
takder perasaan pun. Happy jer. Hahahhaaa…
Petang tu kami bersanding. Ramai yang datang. Tak lupa juga bos2 company aku. Thanks….! Alhamdulillah semuanya dah selesai. Aku dah bergelar isteri kepada AbangAmoy. Semua halangan
dan semua dugaan dah berlalu. Dugaan yang baru akan aku tempuh. Baru
seminggu, kita mula berjauhan semula. Sedih, tapi itulah hakikatnya.
Thanks kepada semua yang datang.